Bacaan, atau
Qur'an dalam bahasa Arab, adalah sebuah buku terjemahan al-Qur’an
yang ditulis secara jujur, dengan menterjemahkan tiap-tiap perkataan
seperti yang diertikan di dalam kamus Arab, lexicon atau concordance, dan
tanpa pengaruh mana-mana ajaran tafsir (pendapat) ulama Sunni mahupun
Syiah.
Di samping Bacaan,
laman ini memaparkan tulisan-tulisan penulisnya dan penulis-penulis lain,
yang sefahaman atau sebaliknya, selain beberapa ruangan yang turut menarik
seperti yang tercatat di Kandungan. Kesemuanya disediakan agar para
pelayar dapat dirangsang untuk membaca al-Qur'an dengan memahami
kandungannya.
Pun begitu,
janganlah membaca tulisan-tulisan di laman web ini untuk menyangkal atau
menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah mereka menurut
tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan
sahaja.
Sekiranya
anda berasa tidak senang hati dengan penulisan berteraskan ajaran
al-Qur’an, yang mungkin didapati bertentangan dengan ajaran sesetengah
ulama anda, maka tinggalkan sahaja laman ini. Tidak perlu menulis atau
bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan
serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.
Firman
Allah, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia
menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu
yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah
ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)
Laman web
ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sila datang lagi. Terima
kasih.
Tulis
kepada Pengurus Laman
Tarikh dilancarkan:
Isnin, 1
April 2002 / 18 Muharam 1423