Anjing
pemberian Allah

The Star, Selasa 3
September 2002,
Section 2 / muka 35
Anjing dan manusia sudah lama
berhubungan rapat. Tulang-tulang anjing primitif telah dijumpai bersama
rangka-rangka manusia di dalam gua-gua Zaman Batu. Pada mulanya haiwan ini
mungkin telah dilatih untuk membantu manusia dalam pemburuan dan penjagaan
unggun api mereka, tetapi apabila masa beredar, dengan beransur-ansur, anjing
menjadi sesuai dengan peranan kini sebagai pembantu yang setia dan teman yang
rapat bagi manusia.
Ahli-ahli sejarah yang terawal
telah menyebut mengenai anjing. Makam-makam dan rumah-rumah berhala di Mesir,
yang dibina 5,000 tahun dahulu, dihiasi dengan gambar-gambar anjing. Dan
diketahui bahawa orang-orang Mesir menyanjung anjing dengan tinggi serta
menganggapnya suci, dan seperti diberitahu oleh Herodotus, seorang ahli sejarah
Greek, apabila seekor anjing mati di rumah orang Mesir, seluruh keluarga itu
akan berkabung.
Orang-orang Ethiopia zaman
dahulu sangat menghormati anjing sehingga melantiknya menjadi raja serta
memerhatikan kelakuannya dengan teliti untuk melihat sama ada ia boleh
memberitahu apa yang difikir harus dilakukan dalam urusan kerajaan. Diketahui
daripada gambar-gambar pada monumen-monumen orang-orang Assyria zaman dahulu
bahawa mereka telah menggunakn anjing "mastiffs" untuk memburu sejak 600 S.M.
lagi. Orang-orang Greek dan Rom juga menggunakan anjing untuk memburu, sementara
untuk pertempuran, mereka senjatakan anjing-anjing berkenaan dengan relang leher
yang dipasang pepaku. Mereka juga membela anjing-anjing pengawal dan anjing
gembala biri-biri di samping anjing-anjing untuk menjadi teman
mereka.
Di sepanjang sejarah mereka,
anjing telah disayangi dan dihormati oleh kebanyakan daripada manusia di dunia
ini, tetapi dengan sedikit pengecualian. Orang-orang Yahudi daripada Perjanjian
Lama menghina anjing, terutamanya kerana mereka adalah pebangkai - iaitu memakan
apa sahaja carikan yang dijumpai - dan kerana itu mereka dianggap pembawa
penyakit. Orang-orang Hindu di India masih menganggap anjing sebagai binatang
yang kotor dan mereka tidak akan mengotori tangan mereka dengan menyentuhnya.
Dan orang-orang Islam juga.
Kebanyakan daripada orang
Islam menganggap anjing sebagai najis. Ia tidak boleh disentuh atau dipegang
pun. Apabila disentuh atau dipegang maka bahagian anggota badan yang terlibat
harus dibasuh dengan air yang dicampur dengan tanah. Rumah-rumah yang dimasuki
atau didiami anjing juga dibasuh dengan air yang serupa.
Sebenarnya, Allah tidak
mengajar menyifatkan anjing seperti itu. Ayat-ayat al-Qur'an mengenai anjing
tidak mengkategorikannya sebagai najis. Sebaliknya ia disebut sebagai teman bagi
orang-orang yang percaya kepada Allah. Mereka yang percaya itu adalah
pemuda-pemuda yang lari daripada orang-orang yang tidak percaya dan mengambil
perlindungan di dalam sebuah gua (al-Kafhi). Allah membuatkan mereka dan
anjingnya tidur selama "tiga ratus tahun, dan
ditambah sembilan" (18:25) dan kemudian
membangkitkan mereka. Ayat-ayat yang berikut adalah sebahagian daripada
ceritanya iaitu yang mengandungi perkataan "anjing":
"Kamu
menyangka bahawa mereka jaga, sedang mereka tidur, sementara Kami
membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan anjing mereka
menjulurkan lengannya di ambang." (18:18)
"Mereka akan
berkata, 'Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka.' Dan
mereka berkata, 'Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka',
dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, 'Tujuh, dan
anjing mereka yang kelapan di antara mereka.'"
(18:22)
Ceritanya bermula dari ayat 18:9 dan berakhir dengan ayat
18:25. Itu adalah cerita anjing sebagai teman yang rapat dan pengawal bagi
orang-orang yang percaya, atau beriman, kepada Allah. Allah juga menyebut
mengenai anjing yang dilatih untuk memburu. Apa yang ditangkapnya (dengan mulut)
adalah halal dimakan setelah nama Allah disebut ke atas makanan itu.
Firman-Nya,
"Mereka
menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah,
'Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang
berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk
memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah
apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah
padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.'"
(5:4)
Apa yang digonggong oleh
anjing tersebut adalah halal dimakan. Maka, di manakah pula terletak kenajisan
pada anjing?
Anjing adalah ciptaan Allah
yang berguna bagi manusia. Ribuan anjing telah menyelamatkan ramai manusia,
telah bekerja untuk manusia tanpa penat, dan telah menunjukkan kepada mereka
akan persahabatan yang abadi.
Terdapat anjing-anjing yang
dipercayakan dengan kawanan biri-biri yang banyak dan menjaga mereka malam dan
siang. Terdapat juga mereka yang merangkak melalui ice dan salji untuk
menyelamatkan manusia yang sesat di gunung-gunung, dan yang lain menyelamatkan
ramai manusia daripada mati lemas. Anjing telah menarik kereta luncur salji dan
sehingga kini pun masih menghantar surat ke bahagian utara yang
bersalji.
Semasa Perang Dunia Pertama
dan Kedua ribuan anjing telah berkhidmat sebagai pembawa berita, sentri,
penangkap tikus dan anjing Red Cross (Bulan Sabit Merah), di samping sebilangan
lain dilatih untuk menyerang musuh. Mereka telah menyelamatkan ramai
manusia.
Anjing terus diguna untuk
mencari dan menyelamat, untuk keselamatan di udara, untuk mengesan senjata api
dan dadah, dan musuh, jerangkap samar, atau bom. Juga terdapat anjing yang
dilatih untuk mengesan batu zamrud di lombong-lombong dan penyakit kanser
prostat di dalam sampel air kencing. Tentu ada lagi kegunaan anjing yang tidak
disebut di sini.
Mereka adalah haiwan yang
berguna, tetapi lebih sayangi lagi daripada mereka adalah ribuan yang lain, yang
menjalani kehidupan biasa. Anjing tidak sebegitu berani dan tidak juga sebegitu
bijak, namun mereka sentiasa setia, teman-teman yang disayangi.
Haiwan yang tiada serupanya
ini adalah pemberian daripada Allah. Mengapa pula orang Islam menolaknya? Atau
mendustakannya. (sila click di
sini)
Allah telah membuat anjing
sebagai satu persamaan. Lebih tepat, anjing yang menjulurkan lidah. Ia
menjulurkan lidah apabila berasa panas. Sama seperti hidungnya yang basah (suatu
petanda baik baginya) apabila ditiup angin akan menyejukkan badannya. Anjing
tidak berpeluh. Apapun, persamaannya adalah dengan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat Allah, berbunyi,
"Dan sekiranya
Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung
kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan
seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu
membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka
memikirkan." (7:176)
Orang itu ingin dinaikkan
(darjatnya) dengan ayat-ayat Allah tetapi dia, sebaliknya pula, cenderung kepada
dunia dan mengikuti kehendaknya. Dia enggan mengikuti kehendak Allah. Lalu
mendustakannya. Dia adalah sama dengan anjing yang menjulurkan lidah yang tidak
akan beranjak dari tempat ia berada.
Rujukan:
Kalimat anjing di dalam
al-Qur'an
Kalimat kotor di dalam
al-Qur'an
Keratan Akhbar
Terkini Artikel
Bacaan E-Mail
Hiasan Kalimat
Pilihan Penemuan
Soalan
Lazim Sudut
Pelajar English
Articles
Tulis kepada
Pengurus Laman